Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UKAS buat penilaian projek pemindahan air mentah Sungai Perak ke Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 25/08/2019





BUTTERWORTH, 25 Ogos (Bernama) -- Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan menjalankan penilaian terperinci berhubung projek memindahkan air mentah dari Sungai Perak ke negeri ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penilaian projek Skim Pemindahan Air Mentah Sungai Perak dengan usahasama pihak swasta dan awam itu akan dijalankan secara tender terbuka menerusi permohonan cadangan (RFP).

"Projek ini adalah satu usahasama awam dan swasta yang akan melibatkan perbelanjaan lebih RM1 bilion. Isu ini merupakan permintaan lama daripada kerajaan Pulau Pinang. 

"Saya percaya Perak bersedia untuk mendengar pandangan dan juga cadangan yang disyorkan. Yang penting ialah ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negeri. Itu tentu menjadi prasyarat, kita nak formula menang-menang supaya kedua-dua negeri boleh menikmati hasilnya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Lim merasmikan Jalur Gemilang gergasi yang diperbuat daripada 2,002 botol air mineral oleh murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Chung Hwa Pusat, di sini.

Kerajaan Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah berusaha untuk menjadikan Sungai Perak sebagai sumber air mentah kedua atau pilihan bagi negeri ini sejak 2011.

Pada masa ini, sumber bekalan air mentah utama Pulau Pinang ialah Sungai Muda manakala Skim Pemindahan Air Mentah Sungai Perak untuk menampung permintaan air negeri hingga 2050.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata cadangan dan syor yang akan dikemukakan itu akan dibincangkan untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua negeri sebelum tindakan seterusnya diambil.

"Kita mesti dapat satu persetujuan supaya apa yang dicadangkan boleh diputuskan dengan cepat supaya sumber ini dapat dilindungi dan dikekalkan. 

"Kita ada terima cadangan-cadangan daripada pihak swasta sebab itu kita kena majukan dengan adakan perbincangan supaya kita tahu apakah kaedah yang dipersetujui. Selepas kaedah itu dipersetujui baru kita boleh mulakan kerja-kerja susulan," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel