Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol


Tarikh kemaskini: 25/08/2019





IPOH, 25 Ogos (Bernama) -- Paul Yong Choo Kiong berkata beliau mengambil keputusan untuk bercuti daripada tugasnya sebagai Anggota Exco Kerajaan Perak untuk memberi tumpuan kepada perbicaraan kes rogol yang dihadapinya.

Yong, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu berkata keputusan itu dibuat selepas beliau menimbangkan dengan teliti untuk membersihkan namanya daripada pertuduhan itu.

Buat sementara waktu, Yong berkata beliau akan terus berkhidmat kepada para pengundi di Dewan Undangan Negeri Tronoh yang diwakilinya seperti yang dilakukannya sebelum ini.

“Saya turut merasakan bahawa saya perlu mengutamakan kepentingan negeri ini mengatasi kepentingan peribadi, seperti yang saya sentiasa lakukan dalam kerjaya saya sebagai ahli politik dan saya akan maklumkan keputusan saya ini kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini,” kata Yong menerusi satu kenyataan.

Menurut Yong, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memohon kepada mahkamah untuk menetapkan tarikh perbicaraan seawal yang boleh.

Jumaat lepas, Yong, 49, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol bekas pembantu rumahnya berusia 23 tahun pada 7 Julai di rumahnya di Meru, di sini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel