Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan terapung


Tarikh kemaskini: 25/08/2019





NIBONG TEBAL, 25 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemukan terapung dalam Sungai Ketupat, Bukit Tambun dekat di sini hari ini, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abdul Samad.

Katanya, mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan oleh seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 9 pagi.

"Mayat itu ditemukan terapung tanpa pakaian dan mempunyai tatu di bahagian belakang badan namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya," katanya.  

Katanya orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.             

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel