Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suruhanjaya Tenaga pergiat kesedaran keselamatan elektrik


Tarikh kemaskini: 26/08/2019





MUAR, 26 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) mempergiatkan program kesedaran dan kemasyarakatan bagi meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai kecekapan tenaga, keselamatan elektrik dan gas di premis serta kediaman.

Pengarah Kawasan ST Johor, Nazlin Ab Alik Sidiki berkata program kesedaran itu juga akan difokuskan  kepada pelajar-pelajar tahfiz dan asrama bagi memastikan pengetahuan mengenainya dapat diterap serta disebar luas.

Beliau berkata, objektif program seumpama itu adalah bagi membolehkan orang ramai sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dengan memastikan pendawaian elektrik di bangunan mereka duduki selamat.

"Kita kerap adakan seminar di seluruh negeri ini untuk beri kesedaran kepada orang awam dan berharap mereka lebih prihatin mengenainya di samping memastikan ia (pendawaian elektrik) sentiasa berfungsi dengan baik.

"Mungkin sebilangan masyarakat kurang ambil berat isu pendawaian kerana kurang hebahan mengenainya," kata beliau kepada Bernama pada program Touchpoint Pembaikan Pendawaian di Madrasah Tahfiz Al-Ikhsan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nazlin berkata pada program itu, ST memperuntukkan RM10,000 bagi melaksana kerja-kerja pembaikan pendawaian, pengujian serta pemasangan kelengkapan elektrik seperti kipas dan lampu cekap tenaga.

Katanya program itu turut mendapat kerjasama daripasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Islam Daerah serta Giatmara Ledang.

"Pusat tahfiz ini terpilih setelah kami menerima makluman ia baharu sahaja terlibat dalam kejadian ribut dan ST mengambil kesempatan untuk sama-sama menyumbang bagi membaiki madrasah terutama daripada aspek pendawaian dan keselamatan elektrik.

"Program touchpoint ST dilaksanakan sepanjang tahun seluruh negara bagu membantu premis institusi-institusi tidak berkepentingan serta golongan kurang berkemampuan bagi memastikan pendawaian elektri di kediaman yang diduduki selamat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel