0UunWeAXtf0 Tiga dilaporkan maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga dilaporkan maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





SEREMBAN, 26 Ogos (Bernama) -- Tiga dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan, termasuk dua motosikal, di KM269.9, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban, malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, melibatkan dua buah lori termasuk, sebuah lori membawa tong gas dan dua buah motosikal.

“Setakat ini tiga dilaporkan maut, termasuk dua penunggang dan pembonceng motosikal, dan pemandu lori tong gas. Butiran mangsa yang maut sedang diperoleh.

“Kemalangan turut mengakibatkan tong gas yang dibawa lori berkenaan bertaburan di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyatan di sini, hari ini.

Sementara itu, Plusline menerusi laman Twitternya melaporkan sehingga pukul 10.38 malam ini, kesemua lorong masih terhalang. 

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh empat kilometer dari lokasi kejadian. 

Plusline turut meminta orang ramai menggunakan laluan altenatif keluar di Plaza Tol Bandar Ainsdale.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel