Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemudahan pensterilan perlu diperluaskan ke daerah lain-Shafie


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





KOTA KINABALU, 27 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu kemudahan perkhidmatan pensterilan diperluaskan ke beberapa daerah di negeri ini.

Beliau berkata ia termasuk di kawasan Tawau, Sandakan dan Keningau bagi membolehkan hospital kerajaan dan swasta dapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Perkhidmatan seumpama ini sememangnya amat diperlukan untuk mensteril peralatan yang diperlukan untuk merawat pesakit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pusat Perkhidmatan Pensterilan oleh WHS Strelization Service Sdn Bhd, di Kota Kinabalu Industrial Park hari ini.

Mohd Shafie berkata pusat berkenaan baru beroperasi pada tahun ini perlu diberi sokongan bagi membolehkan kebergantungan kepada sumber pendapatan khususnya Sabah tidak hanya berdasarkan kepada satu sumber sahaja.

Sementara itu, Anggota Lembaga Pengarah Warisan Harta Sdn Bhd Datuk Pengiran Hassanel Datuk Pengiran Mohd Tahir berkata penubuhan pusat ini memang tepat pada masanya, memandangkan ia berkembang pesat dengan banyak kemudahan baru milik swasta dan swasta di Kota Kinabalu.

Beliau berkata pusat itu juga boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk  tempatan, program latihan kemahiran untuk mana-mana hospital kerajaan atau swasta.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel