Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemilik tanah gagal pantau tanah lahirkan tapak sampah haram


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





ISKANDAR PUTERI, 27 Ogos (Bernama) -- Kegagalan pemilik tanah, yang membiarkan tanah mereka kosong dan tidak diusahakan di bandaraya ini, dilihat menjadi punca kepada timbulnya tapak pelupusan haram di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata justeru itu, Kerajaan Negeri memberi amaran kepada pemilik tanah terbabit supaya sentiasa memantau keadaan tanah mereka daripada dijadikan tapak sampah haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kebanyakan hot spot tapak sampah haram yang dikenalpasti adalah tanah terbiar kosong dan tidak diusahakan. Jadi saya menyeru semua pemilik tanah supaya sentiasa memantau keadaan tanah mereka,” kata beliau kepada pemberita ketika ditanya mengenai status tapak pelupusan sampah haram di negeri ini.

Sekiranya berlaku, Tan berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik tanah mengikut Kanun Tanah Negara, tambahnya lagi.

Buat masa ini, 296 hot spot tapak pelupusan sampah haram telah dikenalpasti sekitar bandaraya Johor berikutan kegiatan aktiviti pembangunan yang giat dijalankan di bandaraya itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat bilik operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat di Balai Raya Tanjung Adang serta meninjau lokasi kebakaran hutan yang terletak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai Tan Hong Pin.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel