Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKKP Johor sita 15 lif bangunan swasta


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





JOHOR BAHRU, 27 Ogos -- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor menyita 15 operasi lif di negeri ini atas kegagalan pemilik mematuhi Akta Kilang dan Jentera 1967. 

Pengarahnya Ir Dasuki Mohd Heak berkata sitaan itu yang dilakukan dari tempoh awal tahun sehingga hari ini, adalah melibatkan bangunan milik swasta.

Katanya, antara punca utama sitaan dilakukan adalah kerana pemilik tidak mempunyai kontrak penyelenggaraan yang sah.

“Kita tidak akan beri jalan, kalau tidak ada kontrak, kita akan sita. Notis sitaan tidak ada tempoh tertentu, sitaan berkuat kuasa sehingga pemilik membuat tindakan melantik syarikat penyelenggaraan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sementara itu, Dasuki berkata dalam tempoh yang sama, pihaknya juga telah menjalankan pemeriksaan di semua tempat kerja termasuk bangunan kerajaan, pusat beli-belah dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini antaranya PPR Melana Indah, PPR Taman Uda, PPR Taman Perling, Rumah Pangsa Kos Rendah Larkin dan Pangsapuri Taman Kempas Permai Tampoi.

“Hasil pemeriksaan kita dapati 11 unit lif mempunyai Sijil Perakuan (CF) yang sah, manakala 33 unit tiada CF dan enam unit tidak beroperasi,” katanya.

Dasuki turut berkata pada masa ini terdapat 6,594 lif di negeri ini dan sehingga bulan ini, sebanyak 2,544 lif sudah mendapat CF. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel