Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KeTAMU ketengahkan produk Sabah dalam pasar khas


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





KOTA KINABALU,  27 Ogos -- Ruang pasar harga patut yang meraikan perusahaan dan bakat dari Sabah akan diadakan pada hujung minggu ini, menghimpunkan komuniti, organisasi dan individu yang berminat untuk mempamer serta berkongsi kelestarian produk dan inovasi mereka.

Dikenali sebagai KeTAMU, yang bermaksud ‘ke pasar’, acara itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam pada Sabtu dan 10 pagi hingga 5 petang pada Ahad di Green Borneo, berhampiran persimpangan Karamunsing, yang menawarkan pengunjung peluang untuk membeli produk hasil tani, barangan kraf dan kesenian hasil rekaan anak Sabah sendiri.

Suatu inisiatif oleh LEAP Social dengan kerjasama Green Borneo, pasar itu yang bertindak sebagai platform bagi kesaksamaan sosial akan turut menampilkan bengkel dan pemuzik jalanan (buskers).

Kurator KeTAMU Suzanne Chong berkata acara pada 31 Ogos dan 1 Sept itu akan menghimpunkan bakat dari daerah seperti Semporna, Kinabatangan, Segama, Keningau dan Kudat, juga bermatlamat memberi inspirasi kepada bakal usahawan serta bakat kreatif di negeri ini untuk menghasilkan produk berinovasi.

“Bagi komuniti di luar bandar, kami berharap ruang pasar ini akan menggalakkan mereka supaya terus menghasilkan barangan kraf bukan hanya untuk menyara kehidupan mereka tetapi juga untuk mengekalkan seni dan budaya Sabah dengan mewariskan ilmu itu kepada generasi berikutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel