Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hidangan pulut dibentuk Jalur Gemilang buat pengunjung pasar tani Nyior Tujuh


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





JERTIH, 27 Ogos -- Pengunjung ke pasar tani kekal Nyior Tujuh di sini, petang ini pasti teruja dengan pulut Jalur Gemilang berukuran 6 meter panjang  dan 3 meter lebar yang dihasilkan oleh seorang peniaga wanita di pasar itu yang cukup kreatif dalam menunjukkan semangat patriotisme dan menambat hati pengunjung.

 Zahila Zahari, 39, yang dibantu sembilan peniaga lain di situ, menggunakan 20 kilogram beras pulut dan tiga bahan pewarna mengikut warna bendera negara iaitu biru, kuning dan merah. 

“Pulut itu saya kukus di rumah dengan santan kelapa dan bawa ke tapak pasar untuk dibentuk menjadi Jalur Gemilang. Saya mengambil masa kira-kira empat hingga lima jam bagi semua proses menyiapkannya termasuk mengukus pulut,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini beliau pernah menghasilkan Jalur Gemilang berasaskan kek namun pembuatan menggunakan beras pulut adalah pertama kali dan ia adalah yang terbesar pernah dihasilkannya.

Tambah Zahila, pulut yang menelan belanja kira-kira RM300 itu akan dihidangkan kepada pengunjung pasar itu sehingga pukul 6.00 petang ini bersama inti kelapa manis.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel