Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjawat awam Brunei rugi lebih RM100,000, ditipu sindiket “Parcel Scam”


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





MIRI, 27 Ogos -- Seorang penjawat awam dari Brunei, kerugian RM153,500 diperdaya sindiket “Parcel Scam” yang dipercayai beroperasi di negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 31 tahun, telah membuat laporan polis di Miri semalam, setelah menyedari ditipu untuk membuat pembayaran, yang didakwa mengandungi barang kemas dari Amerika.

“Mangsa mengenali seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Zacky dari Amerika, menerusi Whatapps pada Jun 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, lelaki berkenaan telah berjanji dengan mangsa untuk mengirim bungkusan yang mengandungi barang kemas kepada mangsa, dan pada bulan ini mangsa dihubungi Kastam Malaysia yang mendakwa barang kepunyaan mangsa telah ditahan di negara ini.

“Bagi melepaskan barang kiriman berupa barang kemas ini daripada pihak Kastam, mangsa dikehendaki untuk membayar cukai barang, pembayaran insuran barang kiriman tersebut, dan pembayaran duit pemprosesan kos penghantaran barang kiriman tersebut ke Brunei,” katanya.

Mustafa berkata, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak tiga kali pada 13 hingga 21 Ogos ke dua akaun bank Malaysia, yang telah diberikan dan sedar ditipu, apabila jumlah pembayaran dibuatnya terlampau banyak dan mangsa juga telah memberitahu perkara ini kepada suaminya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa berkata, dari 1 Jan hingga 26 Ogos 2019 sebanyak 66 kes “Parcel Scam” dilaporkan, melibatkan jumlah kerugian melebihi RM3.4 juta dengan 15 tangkapan dibuat dan polis masih menjalankan risikan dalam membanteras kegiatan tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel