Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 1,000 bendera Jalur Gemilang diedar di Kota Bharu


Tarikh kemaskini: 27/08/2019




KOTA BHARU, 27 Ogos -- Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu mengedarkan kira-kira lebih 1,000 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di Jalan Bayam dalam memeriahkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini, hari ini. 

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata kempen itu adalah satu usaha bagi menggalakkan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing untuk menzahirkan rasa kecintaan terhadap negara sempena Hari Kebangsaan yang akan disambut tidak lama lagi. 

“Ia adalah satu langkah yang amat wajar untuk meningkatkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat, lebih-lebih lagi apabila terdapat segelintir pihak hari ini cuba menimbulkan rasa kurang cinta rakyat terhadap negara,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di Jalan Bayam di sini hari ini. 

Katanya beliau turut mengeluarkan arahan kepada semua premis-premis parti politik bagi mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing menjelang Hari Kemerdekaan nanti. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel