Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pameran Sabah Tanah Airku saji informasi kemerdekaan


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





KOTA KINABALU, 27 Ogos -- Pameran Sabah Tanah Airku bersempena sambutan Bulan Kebangsaan bermula hari ini di pusat beli-belah Imago di sini mempamerkan rekod peristiwa bersejarah kemerdekaan negara dan negeri.

Pameran empat hari hingga Jumaat ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam membolehkan pengunjung didedahkan kepada peristiwa perjuangan dan pengorbanan pejuang tempatan yang jarang dipamerkan secara terbuka kepada umum.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata di samping menyajikan informasi kemerdekaan, program itu turut membantu memperkenalkan keunikan kraftangan buatan masyarakat Sabah kepada pengunjung khususnya pelancong.

"Masyarakat yang hadir di pameran ini bukan sahaja mendapat informasi tentang kemerdekaan dan peranan agensi terlibat, bahkan mereka boleh membeli serta menempah kraftangan Sabah di gerai pameran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran itu, di sini, hari ini.

Peter yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri berkata selain pameran, ia juga dapat membantu peniaga kraftangan tempatan serta mempromosikan keunikan kraftangan Sabah yang tidak akan dapat ditemui di negeri atau negara lain. 

Lima belas agensi kerajaan mengambil bahagian dalam pameran berkenaan yang turut menyajikan tayangan filem dokumentari kemerdekaan dan peraduan kuiz.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel