Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat lelaki warga Bangladesh ditemui dpercayai dibunuh


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





GUA MUSANG, 27 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan di kebun sayur di Kampung Sendrop, Lojing di sini, pagi tadi, dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Taufik Maidin berkata, mayat lelaki berusia 20 tahun ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi, dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka di leher, oleh pemilik kebun berusia 33 tahun.

"Pasukan forensik juga sudah melakukan pemeriksaan ke atas mayat mangsa dan ada kesan luka di leher tetapi tidak menemui sebarang senjata tajam berhampiran mayat itu," katanya dalam satu kenyataan petang ini. 

Mohd Taufik berkata, siasatan awal juga tidak mendapati kesan sebarang pergelutan di lokasi dan polis kini sedang melakukan siasatan lanjut.

Sehubungan itu, sesiapa yang melihat kejadian itu atau ada maklumat mengenainya diminta supaya menghubungi balai polis berhampiran menghubungi ASP Hanafi Yahya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222. . 

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel