Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ribut: Dua bangunan SMK Landas rosak, kerugian kira-kira RM400,000


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





KUALA BERANG, 27 Ogos -- Dua bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas di Ajil di sini mengalami kerosakan teruk dalam kejadian ribut pada kira-kira pukul 3.00 petang tadi, dan jumlah kerugian dianggarkan RM400,000. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata kerosakan yang sangat teruk dikesan pada bangunan akademik tiga tingkat dan bengkel kemahiran hidup (bangunan setingkat) sekolah itu.

"Kerosakan di bangunan akademik melibatkan struktur atap, siling dan kekuda yang diterbangkan angin manakala kerosakan bengkel kemahiran hidup melibatkan keseluruhan atap.

"Jumlah kerosakan sebenar hanya akan diketahui selepas pemeriksaan terperinci dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab pagi esok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata walaupun sekolah itu mengalami kerosakan yang agak besar, pihaknya bersyukur kerana  tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap warga sekolah berkenaan.

"Saya dimaklumkan ribut ini berlaku dalam tempoh yang sangat singkat, hanya dalam tiga minit sahaja… mujurlah semua pelajar telah pulang ke rumah pada waktu itu.

"Proses membaik pulih kerosakan bangunan itu akan dimulakan secepat mungkin dan sesi pembelajaran akan diteruskan seperti biasa di mana pelajar di kelas yang rosak akan belajar sementara di bangunan tingkatan enam yang kosong ketika ini," katanya.

Sekolah itu mempunyai 315 orang pelajar.

Shafruddin berkata laporan awal mengenai kerosakan akibat ribut itu telah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel