Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak mulakan penyelidikan alga untuk hasilkan bahan api bio


Tarikh kemaskini: 27/08/2019





KUCHING, 27 Ogos -- Sarawak akan memulakan penyelidikan bagi menghasilkan bahan api bio daripada alga dengan siapnya kemudahan penanaman alga milik Pusat Kepelbagaian Bio Sarawak (SBC) di Semengoh, Padawan, di sini.

Dengan keluasan 1,000 meter persegi di kawasan terbuka, ia dianggap sebagai kemudahan terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penetapan suhu serta penanaman alga di kawasan ini digerakkan dengan menggunakan alat sensor khas.

“Ia juga diuruskan dengan teknologi kecerdasan buatan yang dipasang pada alat itu, dan ini akan membolehkan penanaman alga dijayakan di persekitaran yang amat sensitif.

“Tahniah kepada SBC dan Mitsubishi (Corporation), saya harap kemudahan serta penanaman alga ini akan dapat menghasilkan bahan api yang anda perlukan,” katanya semasa melancarkan kemudahan berkenaan di SBC hari ini.

Sementara itu Pengerusi Majlis Kepelbgaian Bio Sarawak Tan Sri Wilson Baya Dandot berkata kemudahan penanaman alga itu dijangka menghasilkan enam tan biomass kering setahun.

“Bergantung kepada jenis aplikasi dan spesis alga, hasil ini mungkin cukup untuk pengeluaran skala kecil bekalan makanan akuakultur, atau menjadi bahan aktif untuk makanan tambahan.

“Bagaimanapun bagi rantaian bekalan skala global yang lebih besar atau bagi pengeluaran bahan api bio, kemudahan ini perlu ditingkatkan keluasannya sehingga beratus-ratus atau beribu-ribu hektar,” katanya.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel