Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Singapura, Sarawak akan tingkatkan operasi perdagangan, ekonomi dan pelancongan


Tarikh kemaskini: 28/08/2019





KUCHING,  28 Ogos --  Singapura dan Sarawak berhasrat meningkatkan hubungan operasi dari segi perdagangan, ekonomi dan pelancongan.

Menteri Kanan Singapura bagi Perdagangan dan Industri  Chee Hong Fat berkata pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (Satos) di republik itu baru-baru ini dilihat sebagai platfom terbaik bagi kedua-dua negara (Malaysia dan Singapura) bagi merialisasikan hasrat tersebut.

“Ia merupakan platfom terbaik bagi kita untuk berbincang dan menerokai bagaimana harus kita pertingkatkan  ekonomi, perdagangan dan pelancongan kita,” katanya setelah membuat kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua  Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di kediaman rasminya di Demak Jaya di sini hari ini.

Pembukaan Satos di republik itu dijangka melonjakkan eksport Sarawak kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun depan.

Tahun lepas Sarawak mengeksport barangan bernilai RM1.2 bilion ke Singapura manakala import dari republik itu berjumlah RM1.6 bilion.

Komoditi utama antara negeri ini dan Singapura adalah paralatan mesin dan pengangkutan, bahan api mineral, pelancir dan barangan runcit.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel