Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yayasan buah pinggang CHK terima sumbangan RM135,000


Tarikh kemaskini: 28/08/2019




KUCHING, 28 Ogos -- Yayasan Buah Pinggang CHK, di Jalan Ong Tiang Swee di sini hari ini menerima sumbangan RM135,000 daripada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen untuk membeli tiga mesin baharu dialisis buah pinggang.

Chong yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata sumbangan itu adalah sebahagian dari peruntukkannya sebagai  Ahli Parlimen kawasan berkenaan.

“Bantuan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan di samping menambah jumlah mesin yang sedia ada di yayasan ini,” kata Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak itu dalam sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu Pengasas Yayasan berkenaan, Datuk Tay Chin Kin berkata setakat ini Pusat Dialisis Amal yayasan itu mempunyai kira-kira 80 buah mesin dialisis untuk kegunaan pesakit dan ia menyediakan rawatan secara percuma kepada golongan miskin atau mereka yang kurang berkemampuan.

“Kita sedia maklum kos rawatan dialisis bukanlah murah, kos paling minima untuk satu sesi rawatan menelan belanja kira-kira RM170. Dalam seminggu seorang pesakit memerlukan rawatan sebanyak tiga kali, ini mungkin akan membebankan bagi mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Sejak yayasan itu ditubuhkan pada tahun 1999 sehingga ke hari ini, 9,000 pesakit telah menerima rawatan dialisis di pusat amal berkenaan.

-- BERNAMA
 

 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel