Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bantuan khas dirancang untuk ibu selepas bersalin di Sarawak


Tarikh kemaskini: 28/08/2019





KUCHING, 28 Aug -- Kerajaan negeri Sarawak sedang merancang untuk memberikan bantuan kewangan khas selama tiga bulan kepada para ibu yang baru melahirkan anak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagaimanapun berkata jumlah bantuan itu akan diumumkan beliau semasa pembentangan bajet Sarawak 2020 nanti.

“Kita (Kerajaan negeri) bersimpati dengan ibu-ibu yang bekerja dengan gaji hari atau yang tidak bekerja kerana mereka tidak mempunyai pendapatan dalam tempoh berpantang selama tiga bulan. Waktu itu mereka (Ibu berpantang) memerlukan duit untuk membeli keperluan bayi seperti susu, lampin dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Hari Inovasi Dan Integriti Tanah Dan Survei Sarawak (HIITS) 2019 anjuran Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, peruntukkan untuk bantuan itu adalah hasil daripada sumber kepelbagaian pendapatan dan pencukaian negeri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel