Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pakatan Harapan harus bersatu hati, bekerjasama untuk parti terus kuat


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





JOHOR BAHRU, 29 Ogos -- Pakatan Harapan (PH) harus bersatu hati dan bekerjasama dalam memastikan pakatan itu terus kuat.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata asas perjuangan parti itu harus diteruskan dan perasaan ego serta lalai setelah menjadi kerajaan harus diketepikan.

“Bila sudah empat parti (Bersatu, Amanah, Parti Keadilan Rakyat, DAP) pergolakan itu pasti akan ada. Tetapi harus ingat dengan semangat permuafakatan walaupun empat tetapi kalau kita bersatu hati, kita dapat bersama-sama.

“Terbukti dalam Pilihan Raya Ke-14 walaupun baru ditubuhkan dalam masa dua tahun, namun dengan kekuatan empat parti kita dapat bentuk kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Sembang Santai bersama Armada Pasir Gudang, di sini, malam tadi.

Dr Sahruddin berkata beliau juga sentiasa berusaha untuk menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya.

“Saya diberi amanah untuk bertugas sebagai Menteri Besar Johor, walaupun saya hanya biasa-biasa sahaja.

 “Namun, apabila kita telah diberi kepercayaan dan amanah oleh pengundi, kita hendaklah berusaha bagi memastikan janji-janji itu dapat kita tunaikan. Walaupun, kadang-kadang berat (janji), saya yakin dengan doa semua, kita dapat selesaikan masalah yang ada,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Sahruddin juga menyeru golongan muda untuk meneruskan perjuangan parti itu.

“Harap anak-anak muda yang hebat-hebat dapat  membantu parti kita ini  jadi kuat dan gah,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel