5YSlAdcdGpI Si kecil sambut merdeka
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Si kecil sambut merdeka


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





JOHOR BAHRU, 29 Ogos -- Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Bertitik tolak dari pepatah itu, sebuah taska di banda raya ini mengambil inisiatif sendiri, untuk menyuntik semangat cintakan negara ke dalam diri anak-anak kecil di bawah jagaannya.

Taska Permata Bestari di Taman Daya, di sini, sejak awal bulan ini telah mengadakan pelbagai aktiviti, berkisarkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-62, antaranya seperti mengenali Jalur Gemilang dan juga bunga kebangsaan Bunga Raya, dalam usahanya menyemai semangat patriotik ke dalam kanak-kanak seawal umur setahun lagi.

Kemuncak sambutan adalah pada hari ini, di mana kesemua anak-anak memakai pelbagai rekaan baju bermotifkan Jalur Gemilang, selain menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil memegang Jalur Gemilang di tangan, sesuai dengan sambutan kemerdekaan yang berbaki dua hari lagi.

Pemilik taska Rozita Mohammed Taib, 46, berharap dengan aktiviti seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak mengenai apa itu Jalur Gemilang, sekali gus memupuk semangat mencintai negara.

“Daripada awal bulan Ogos sehingga kemuncak hari ini, setiap hari kita adakan aktiviti berkaitan merdeka. jadi hari ini kita nyanyikan lagu Negaraku, Bangsa Johor, Tanggal 31, kita kibarkan Jalur Gemilang dan kita juga raikan anak-anak yang lahir, pada bulan kemerdekaan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Salah seorang ibu kanak-kanak di taska berkenaan, Heza Hamzi, juga menyokong aktiviti kemerdekaan memandangkan ia menyuntik semangat positif kepada jiwa anak perempuannya, Zara Irdina Muhammad Fitri, 4.

“Setiap hari bila dengar lagu kebangsaan, dia akan sama-sama menyanyi walaupun pelat. Macam pagi ni, awal-awal dah bangun, sebab dia tak sabar nak mengenakan baju hari kebangsaan untuk hari ini dan menyambut dengan kawan-kawan di taska,” kata Heza, yang kerja sebagai kerani itu.

Sementara itu, salah seorang tenaga pengajar, Fatihah Ismail berkata kanak-kanak berlatih sejak dua minggu lepas, dan dibiasakan mendengar lagu-lagu patriotik.

Selain itu, taska itu yang mempunyai tujuh tenaga pengajar yang menjaga 33 anak-anak berumur dari dua bulan sehingga empat tahun itu, turut membuat sambutan hari lahir bagi anak-anak yang lahir pada bulan Ogos, dengan dijamu kek dan kek cawan bermotif Jalur Gemilang.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel