Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebakaran hutan di Gelang Patah berjaya dipadamkan 75 peratus


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





JOHOR BAHRU, 29 Ogos (Bernama) -- Kebakaran 16 hektar hutan di Jalan Tanjung Kupang, dekat Gelang Patah, sejak 21 Ogos lepas, berjaya dipadamkan 75 peratus.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Mohamad Faizul Selamat berkata setakat 1 tengah hari tadi, seramai 140 anggota dan 30 aset JBPM serta dibantu pelbagai agensi lain sedang bertungkus lumus memadam kebakaran terbabit.

“Kekuatan anggota dan aset sama seperti semalam. Kita yakin keluasan pemadaman dapat ditingkatkan lagi hari ini,” katanya yang dihubungi hari ini.

Mohamad Faizul berkata operasi pemadaman dilakukan tanpa henti selama 24 jam sejak 21 Ogos.

Bomba, katanya, masih meneruskan teknik ‘banjir sepenuhnya’, semburan langsung serta ‘fire break’ iaitu mewujudkan parit berair bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel