Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sepasang kekasih terlibat 10 kes pecah rumah ditahan


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





BUKIT MERTAJAM, 29 Ogos -- Polis Seberang Perai Tengah (SPT) percaya dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah yang berlaku di sini sejak tiga bulan lepas dengan tertangkapnya sepasang kekasih semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid hari ini berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan di Bukit Tengah sementara teman wanitanya, seorang warga Indonesia berumur dalam lingkungan 30-an ditangkap di Juru.

“Mereka mengaku terlibat dalam beberapa kejadian pecah rumah di sekitar Bukit Mertajam, dengan kes yang terbaru berlaku di Taman Seri Juru minggu lepas melibatkan kerugian kira-kira RM4,000,”  katanya di sini.

Dalam kes lain, seorang lelaki berumur 22 tahun ditahan kerana membuat laporan palsu yang kononnya dia disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau dan kayu di Taman Nirwana di sini pukul 1.30 pagi semalam.

Katanya lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu pada mulanya mendakwa kehilangan wang tunai RM2,200, telefon pintar dan beberapa barangan peribadi lain akibat kejadian itu kemudiannya mengaku membuat laporan berkenaan kerana mahu meminjam wang dari ahli keluarganya.

“Dia kini ditahan untuk siasatan mengikut  Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan berhadapan hukuman penjara hingga enam bulan, denda RM2,000 atau kedua-keduanya jika disabitkan kesalahan,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel