Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Majlis Pengangkutan Negeri Johor akan ditubuhkan bagi licinkan sistem pengangkutan


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





KULAI , 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Pengangkutan Negeri Johor bagi memperkemas dan melicinkan lagi sistem pengangkutan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohd Solihan Badri berkata majlis berkenaan akan dibentuk sebelum akhir tahun ini dan kertas kerja akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.

Katanya majlis berkenaan akan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan akan dianggotai jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan antaranya Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Pengangkutan Jalan.

Menurut Mohd Solihan, majlis tersebut berperanan merancang, memantau dan melaksanakan sistem pengangkutan khususnya trafik di Tambak Johor dan kawasan-kawasan bandar.

“Termasuk kesesakan di Tambak Johor, kerana kesesakan di sana bukan sahaja berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) dan di tambak sahaja, tetapi ia melibatkan laluan sebelum dan selepas.

“Di samping itu, kita juga melihat isu tempatan seperti kesesakan di sesuatu tempat dan kita akan atasi terus bersama jabatan dan agensi berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Kemerdekaan dan Kempen Keselamatan Laluan Betul anjuran JKR Kulai dan Senai Airport Bhd, di sini, hari ini.

Mohd Solihan berkata kerajaan negeri tidak mahu perkara-perkara yang boleh diatasi tidak diselaraskan dan dilakukan dengan segera sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang ramai.

Pada masa sama, beliau berkata satu tabung akan diwujudkan untuk menjalankan kajian terutama bagi mengatasi dan mencari jalan bagaimana kesesakan di negeri ini dapat diselesaikan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

“Kerana majlis  ini  juga akan mengambil kira pembangunan akan datang dan keadaan semasa. 

“Selain itu, ia juga merupakan panduan dan nasihat, maknanya jika ada pembangunan di sesebuah kawasan yang melibatkan jenis pengangkutan tertentu, kita akan beri pandangan kerana kita akan ada pasukan teknikal,” katanya.

Tambahnya, Majlis Pengangkutan Negeri Johor juga adalah berbeza dengan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

“Berbeza dengan PAJ, PAJ telah sediakan satu pelan tetapi ia tidak boleh hidup sekiranya tiada majlis untuk menggerakkannya.

“Majlis ini ada punca kuasa di kerajaan negeri, ia untuk memudahkan penyelarasan di semua jabatan dan agensi,” katanya.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel