Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu treler maut kemalangan di Terowong Menora


Tarikh kemaskini: 29/08/2019




IPOH, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang pemandu treler maut selepas treler yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), yang dinaiki dua individu di Kilometer 256.2 di Terowong Menora, PLUS arah Utara, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa yang maut dikenali sebagai M.Lithiskumar, 32, maut di tempat kejadian, manakala pemandu serta penumpang pacuan empat roda (4WD) iaitu Fong Wai Loon, 31, dan Chew Ga Vin, 30, hanya mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan awal dijalankan mendapati treler yang membawa muatan batu kerikil datang dari arah Ipoh menuju ke arah Kuala Kangsar, dipercayai telah hilang kawalan dan telah melanggar bahagian belakang 4WD yang bergerak pada arah yang sama di lorong kiri.

“Treler tersebut kemudian telah menyeret 4WD sejauh kira-kira 27.8 meter, sebelum treler serta muatan terbalik, melintang di tengah jalan dan menutup kedua-dua lorong, manakala 4WD tersebut terbalik di dalam longkang kiri bahu jalan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu, pemandu treler, tercampak keluar dan jatuh ke bahu kiri jalan dan telah disahkan maut di lokasi kejadian manakala Fong dan Chew telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut. 

Razali berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.29 tengah hari, sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar ke lokasi keadian.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat seorang mangsa lelaki dan seorang wanita telah dikeluarkan oleh orang awam, manakala pemandu lori seorang lelaki maut ditempat kejadian.

“Anggota membantu mengangkat mangsa maut menggunakan ‘strecher’ dan diserahkan kepada pihak polis, manakala mangsa yang cedera diberi rawatan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 1.46 petang tadi.

Menurut laman Twitter PLUS Malaysia Berhad, kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik dari arah utara sepanjang lapan kilometer dan arah selatan dua kilometer selepas laluan ke arah utara terhalang, pada kedua-dua lorong akibat treler melintang jalan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel