JOLRDaJ_PVM Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manda
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manda


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





ALOR SETAR, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama seorang rakannya di sungai belakang Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian membabitkan mangsa, Muhammad Shukri Amri Kadir itu pada 2.42 petang tadi.

Beliau berkata seramai 14 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan tiga daripadanya merupakan anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar ada mangsa lemas di dalam sungai. Maklumat awal dari komander operasi,  mangsa mandi bersama rakannya dan lemas sebelum rakannya cuba menyelamatkan mangsa ketika lemas tetapi gagal.

"Rakan mangsa terus menghubungi pihak bomba bagi mencari dan menyelamat.  Unit PPDA dari BBP Jitra bersama sebuah bot penyelamat dari BBP Alor Setar telah diarahkan ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata ketika mangsa dan rakannya mandi di sungai berkenaan, keadaan cuaca hujan renyai.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel