Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Premis judi berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga diserbu


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





GEORGE TOWN, 29 Ogos  -- Polis berjaya menumpaskan kegiatan perjudian yang berselindung di sebalik Pusat Hiburan Keluarga (PHK) selepas menyerbu premis dalam pusat membeli belah di Jalan Dr Lim Chwee Leong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang hari ini berkata sepasukan polis menyerbu PHK itu kira-kira pukul 6.40 petang semalam hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak seminggu lepas dan merampas 36 mesin simulator berunsur perjudian.

"Semasa serbuan itu, polis menahan 19 pelanggan lelaki berusia di antara 31 dan 71 tahun, termasuk seorang warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri, sedang leka bermain mesin simulator yang disyaki berunsur perjudian," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya dalam serbuan itu polis turut menahan tiga lelaki iaitu penjaga premis dan penganjur aktiviti perjudian menggunakan mesin simulator berkenaan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata pemeriksaan polis juga mendapati penjaga premis tersebut  gagal mengemukakan Lesen Hiburan Awam.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel