Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bank Muamalat rai sambutan Hari Kebangsaan bersama Siti Nurhaliza


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





KUALA LUMPUR, 29 Ogos -- Bank Muamalat Malaysia Berhad melakukan kejutan apabila menjemput penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin untuk menyertai acara sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat bank berkenaan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat,  Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata beliau amat berbesar hati apabila penghibur itu sudi hadir pada acara yang diadakan bukan sahaja untuk meraikan Hari Kebangsaan tetapi juga 20 tahun penubuhan Bank Muamalat.

"Begitu ramai orang yang hadir untuk sambutan Merdeka kami. Kita perlu menunjukkan bahawa negara kita berada dalam keadaan harmoni dan aman. Kita perlu mengakui bahawa banyak perkara telah dilakukan untuk menjadikan Malaysia negara yang dicintai, " katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bank Muamalat Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid.

Dalam acara yang berlangsung di perkarangan ibu pejabat bank itu di sini, kakitangan Bank Muamalat dilihat begitu teruja apabila Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang diiringi kumpulan koir institusi perbankan itu.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza menghargai jemputan daripada Bank Muamalat dan menganggap pengalaman menyanyi bersama sebuah koir badan perbankan Islam sebagai sangat bermakna.

Pada masa sama, beliau berharap rakyat Malaysia menghargai keamanan dan kemakmuran yang dikecapi negara walaupun berbilang kaum, agama dan bangsa.

"Kita perlu saling menghormati antara semua masyarakat kerana kuatnya negara itu apabila rakyatnya bersatu padu," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel