Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Untung bersih Kumpulan Perangsang Selangor susut kepada RM2.93 juta


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





KUALA LUMPUR, 29 Ogos  -- Keuntungan bersih Kumpulan Perangsang Selangor Bhd merosot kepada RM2.93 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2019 daripada RM38.30 juta pada tempoh sama 2018.

Perolehan juga berkurangan kepada RM159.16 juta daripada RM161.28 juta bagi tempoh yang sama.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor, Ahmad Fariz Hassan berkata perolehan kekal kukuh dengan perniagaan pembuatan menyumbang RM109.6 juta kepada perolehan syarikat.

Bagaimanapun, prestasi kewangan syarikat terjejas berikutan sumbangan rendah daripada bahagian infrastruktur dan utiliti, yang merekodkan perolehan lebih rendah sebanyak RM26.9 juta pada separuh pertama 2019 berbanding RM50.7 juta pada separuh pertama 2018.

Mengenai prospek, Ahmad Fariz berkata pihaknya telah menyelesaikan pembelian ke atas Toyoplas Manufacturing (M) Sdn Bhd pada RM311.25 juta baru-baru ini.

“Pembelian itu adalah langkah strategik untuk melonjakkan pertumbuhan pendapatan, memandangkan Toyoplas berpotensi dalam meneroka pasaran baharu serta memperluaskan jumlah pelanggannya di seluruh industri penting seperti automotif, kelengkapan pengguna dan multimedia,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel