wY1XZkIy4O0 Bekas ahli UMNO jadi wakil rakyat bebas diterima Bersatu - Dr Mahathir
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas ahli UMNO jadi wakil rakyat bebas diterima Bersatu - Dr Mahathir


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





PUTRAJAYA, 29 Ogos-- Ahli UMNO yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas kini boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun Perdana Menteri berkata hanya bekas ahli UMNO yang tidak mempunyai masalah, umpamanya kes di mahkamah sahaja yang boleh diterima.

“Yang lain, yang tidak terlibat, mereka akan diterima,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu di sini hari ini.

Semasa ditanya mengenai jumlah bekas ahli UMNO yang telah menyertai Bersatu, Dr Mahathir berkata tiada anggaran yang dapat diberikan setakat ini. 

“Di Sabah hampir semua (anggota Bersatu) adalah bekas UMNO. Di Semenanjung, beberapa ahli terutama Ahli Dewan Rakyat dan dewan undangan negeri telah menyertai Bersatu,” katanya. 

Ditanya jika ada bekas ahli UMNO yang menyertai Bersatu akan bertanding dalam pemilihan parti, Dr Mahathir berkata pada waktu ini belum ada. 

Sementara itu, Dr Mahathir berharap pihak berkuasa mengambil kira banyak kesalahan yang dilakukan UMNO pada masa ini.

Menurutnya, ketika beliau menjadi Presiden UMNO  dahulu, tiga cawangan tidak mengadakan mesyuarat parti telah diharamkan.

Bersatu turut  diharamkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun lepas tetapi UMNO yang banyak kesalahan masih diterima dan tidak dibatal pendaftarannya, katanya.

“Saya bukan mendesak sesiapa tapi  hanya menyuarakan  pendapat yang dibangkitkan dalam mesyuarat,” katanya.

— BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel