Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AirAsia minta MAHB kaji semula atau ganti sistem operasi lapangan terbang


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





KUALA LUMPUR, 29 Ogos  -- Sistem pengoperasian di terminal utama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan klia2, yang baru-baru ini terganggu hampir empat hari dan menyebabkan kelewatan puluhan penerbangan, perlu dikaji semula atau digantikan dengan yang lebih baik.

Semasa membuat gesaan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknologi dan Digital) Kumpulan AirAsia  Aireen Omar berkata sistem itu, yang beliau anggap "sudah berusia dan amat mahal’ patut dinaik taraf dengan segera untuk membolehkan syarikat penerbangan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan mereka dan juga negara.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu sebelum ini telah mencadangkan supaya sistemnya yang didakwanya kurang mahal dan “jauh lebih kompeten daripada yang digunakan ketika ini di semua lapangan terbang di Malaysia”, tetapi telah ditolak oleh pengendali lapangan terbang itu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

"Mereka (MAHB) minta kami menggunakan sistem mereka dan kami tahu sistem mereka adalah "'kurang kompeten'’ tetapi mereka memaksa kami menggunakan sistem mereka.

"Jadi saya fikir bahawa (gangguan baru-baru ini) menunjukkan MAHB benar-benar perlu lakukan sesuatu dan mendengar pandangan pelanggan mereka supaya mereka boleh memberikan perkhidmatan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen penukaran mata dua hala AirAsia BIG dan Petronas Mesra di sini, hari ini.

Gangguan sistem berkenaan telah menjejaskan beberapa sistem di lapangan terbang seperti rangkaian WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan, kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi.

Pada Isnin,  MAHB berkata ia tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian itu disebabkan oleh perbuatan berniat jahat.

Awal hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa MAHB menyiasat punca sebenar kegagalan itu, sambil menegaskan ia tidak sepatutnya berlaku kerana sistem yang sama digunakan di lapangan terbang lain di dalam negara.

Dilaporkan MAHB membuat laporan polis hari ini berhubung gangguan itu dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah KLIA ACP Zulkifli Adamsah.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel