Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyanyi disyaki pukul pekerja warga Bangladesh ditahan


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





KUALA LUMPUR, 29 Ogos  -- Seorang penyanyi ditahan selepas disyaki memukul seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah stesen minyak di Ampang, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3 petang semalam, penyanyi berusia 21 tahun itu dipercayai menumbuk dada lelaki berusia 28 tahun yang sedang menyusun barang di kaunter stesen minyak itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata penyanyi terbabit tiba-tiba menumbuk dada pekerja itu, selain menarik baju dan memaki hamun mangsa dengan perkataan tidak senonoh.

“Polis tiba di tempat kejadian dan memperkenalkan diri serta meminta kad pengenalan suspek bersama seorang lagi individu yang berada dalam sebuah kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, suspek enggan memberikan kerjasama dan dengan nada marah mempertikaikan tindakan polis memeriksa dirinya serta meminta kad pengenalan.

Noor Azmi berkata suspek ditahan reman empat hari sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel