Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perhimpunan Agung dan Pemilihan Bersatu pada 20 Jun 2020


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





PUTRAJAYA, 29 Ogos  -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan Mesyuarat dan Perhimpunan Agung tahunan serentak dengan pemilihan parti pada 20 Jun tahun depan, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata di peringkat cawangan pula, persidangan dan pemilihan akan diadakan mulai 25 Januari hingga 1 Mac manakala di peringkat bahagian pula pada 4 April depan.

Dr Mahathir yang juga perdana menteri berkata Bersatu telah melantik Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan.

"Mereka yang akan hadir (ke Perhimpunan Agung adalah) mereka yang membayar yuran. Kita akan kutip yuran untuk dua tahun kali ini pasal tahun sudah kita tidak kutip yuran.

"Setiap orang mesti membayar RM4 sahaja. Sangat murah," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Bersatu di sini hari ini.

Dr Mahathir dalam pada itu berkata parti akan mengambil tindakan displin terhadap ahli yang membuat kenyataan yang boleh merosakkan imej parti.

"Perlu ada disiplin dalam parti khususnya ahli-ahli dalam majlis presiden dan majlis tertinggi, iaitu mereka yang ada dalam parti dan pegang jawatan, mereka perlu berhati-hati bila membuat pengumuman.

"Kalau mereka membuat pengumuman yang merosakkan imej parti, maka tindakan akan diambil terhadap mereka dan ini diputuskan berkenaan dengan unjuran kononnya parti Pakatan Harapan akan kalah (pada pilihan raya akan datang)," katanya.

Dr Mahathir berkata Bersatu juga tidak pernah melantik ketua strategik parti.

"Berkenaan orang yang mengaku dirinya ketua strategik, tidak pernah ada. Itu bukan lantikan secara rasmi oleh parti kita, itu gelaran yang diberi oleh diri sendirilah kot," katanya.

Beliau berkata ada pimpinan dalam parti yang sedang dalam pemerhatian dan tindakan akan diambil sekiranya mereka membuat kenyataan yang merosakkan parti.

"Ulasan (berkenaan parti) boleh tapi jangan kata parti ni nak kalah. Semua tu rosak imej parti," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel