Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PH tidak menyimpang daripada landasan - Dr Mahathir


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





PUTRAJAYA, 29 Ogos  -- Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gabungan itu tidak menyimpang daripada landasan.

"Itu hanya persepsi mereka di luar," kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada PH telah menyimpang selepas Lim Kit Siang dilaporkan bertemu dengan beliau baru-baru ini untuk menggubal naratif baharu untuk PH.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Dr Mahathir berkata Lim datang berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai isu perkauman yang dibincangkan secara negatif.

"Kami berpendapat orang ramai membincangkan isu berbaur perkauman dengan perasaan marah dan itu tidak sihat," katanya.

Ketika ditanya mengenai sentimen rakyat untuk Hari Kebangsaan tahun ini, Dr Mahathir berkata sentimen itu berbeza sekarang berbanding tahun lepas.

"Pada masa itu (tahun lepas) rakyat berasa selesa dengan penyingkiran kerajaan terdahulu dan mereka tidak melihat siapa yang membuat apa-apa ucapan," katanya.

Sekarang, beliau berkata rakyat mahu melihat keputusan yang mereka jangkakan dan ia tidak mudah dicapai.

Perdana Menteri berkata banyak perkara yang PH dijanjikan sebelum ini dibuat tanpa maklumat yang tepat contohnya mengenai hutang kerajaan, ia tidak menyedari bahawa jumlahnya lebih daripada RM1 trilion.

Dr Mahathir berkata kerajaan PH juga tidak dapat memberi bantuan RM450 kepada golongan bujang tidak seperti kerajaan terdahulu.

"Kami (PH) tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan secara percuma bagi mendapatkan sokongan. Kita tidak boleh melaksanakan perkara ini kerana kita tidak seperti itu, " kata Dr Mahathir.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel