Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengurup wang kerugian RM120,000 disamun empat lelaki bersenjatakan parang


Tarikh kemaskini: 29/08/2019





SHAH ALAM, 29 Ogos  -- Sebuah syarikat pengurup wang di sebuah pasar raya di Alam Jaya, Jeram, kira-kira 45km dari sini, kerugian kira-kira RM120,000 apabila premis berkenaan disamun sekumpulan empat penjenayah bersenjatakan parang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, empat lelaki menaiki kereta jenis Toyota Camry memasuki premis berkenaan yang baru memulakan operasi dengan menutup muka dengan baju dan bersenjatakan parang panjang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab berkata, salah seorang suspek melibas cermin kaunter dengan parang sehingga pecah lalu masuk ke dalam kaunter dan mengambil wang di kaunter dan seterusnya mengarahkan  pekerja premis berkenaan membuka peti besi.

“Suspek kemudian mengambil wang termasuk wang negara asing di dalam peti besi sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada jam 12.37 tengah hari, hari yang sama, kereta berkenaan dijumpai terbakar di dalam sebuah kebun kelapa sawit berhampiran Kampung Tok Muda, Kapar dan semakan terhadap kereta berkenaan dilaporkan curi di Shah Alam pada 11 Ogos lalu,  katanya.

Md Asri berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-32813853.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel