Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tidak kesan aktiviti pembuangan sisa toksik di Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





JOHOR BAHRU, 30 Ogos -- Pihak polis tidak mengesan sebarang aktiviti pembuangan sisa toksik, setakat ini, yang boleh dikaitkan dengan insiden seramai 33 murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih di Pasir Gudang mengalami muntah, sesak nafas dan pening selepas dipercayai terhidu bau busuk Rabu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din yang mengesahkan demikian berkata beliau telah berhubung dengan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Ismail Dolah untuk bertanyakan mengenai perkara itu namun diberitahu tiada pembuangan sisa toksik dikesan, setakat ini.

“Saya sudah bercakap dengan Ketua Polis Daerah Seri Alam dan setakat ini tiada pembuangan sisa toksik di mana-mana yang berkaitan dengan insiden terbaharu itu,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan sama ada polis menerima laporan mengenai pembuangan sisa toksik di Pasir Gudang setakat ini.

Kejadian melibatkan lima murid lelaki dan 28 perempuan pada Rabu itu dilaporkan berlaku kira-kira 7.30 pagi namun tiada mangsa yang dirujuk ke hospital kerana telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas menerima rawatan daripada klinik kesihatan berdekatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel