Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Satu kesalahan ubahsuai rumah tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Nilai


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





NILAI, 30 Ogos -- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Datuk Zazali Salehudin memberi amaran bahawa pengubahsuaian rumah tanpa kebenaran MPN adalah satu kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Katanya di antara tindakan yang boleh diambil ialah denda maksima sehingga RM25,000, mengikut Seksyen 70 (11), akta itu berdasarkan keputusan oleh mahkamah, selain notis roboh serta merta boleh dikenakan mengikut Seksyen 72 (6) akta yang sama.

"Mana-mana individu atau pihak yang gagal mematuhi notis tersebut, boleh dikenakan denda maksima RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya serta denda tambahan RM1,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 70 (13d) akta yang sama.

"Di samping itu, denda sehingga 20 kali proses pelan dikenakan ketika mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 70 (14) akta yang sama," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zazali berkata MPN sentiasa memantau kerja-kerja pengubahsuaian rumah tanpa kebenaran yang dilakukan oleh penduduk dalam kawasan MPN.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara itu boleh menghubungi Jabatan Kawalan Bangunan MPN di talian 06-7989007.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel