Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

85 peratus kebakaran hutan di Gelang Patah berjaya dipadamkan


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





JOHOR BAHRU, 30 Ogos -- Sebanyak 85 peratus daripada 16 hektar hutan di Jalan Tanjung Kupang dekat Gelang Patah yang terbakar sejak 21 Ogos lepas, berjaya dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Zon 1 JBPM Johor Mohamad Faizul Selamat berkata hujan lebat pada awal pagi tadi membantu operasi pemadaman hari ini.

“Setakat pukul 3 petang ini, kita berjaya memadamkan 85 peratus kebakaran. Hujan yang lebat bermula pukul 4 hingga 6 pagi membantu pihak bomba dalam operasi pemadaman.

“Namun, pada tengah hari dan petang ini angin agak kuat dan cuaca panas tetapi operasi tetap berjalan dengan lancar dan terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Mohamad Faizul berkata operasi yang masuk hari ke-10 melibatkan seramai 140 anggota dan 30 aset JBPM serta dibantu oleh pelbagai agensi lain.

Operasi dilakukan tanpa henti selama 24 jam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel