Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBM sambut baik program sarapan pagi percuma di sekolah


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





KUALA LUMPUR, 30 Ogos -- Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan Program Sarapan Percuma (PSP) kepada murid sekolah rendah bermula tahun hadapan.

Naib presidennya, Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz berkata inisiatif itu dilihat sebagai serampang dua mata, bagi menggalakkan kehadiran murid ke sekolah dan dapat memastikan murid mendapatkan nutrisi terbaik, bagi tumbesaran dan galakan minda melalui sesi pembelajaran.

"Usaha itu turut membantu bukan sahaja golongan kurang berkemampuan luar bandar, malah golongan keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan di bandar juga mendapat manfaat.

"Kami beranggapan masih terdapat ramai dalam kalangan murid datang ke sekolah dalam keadaan lapar dan tidak bersarapan, kerana perlu membelanjakan wang mereka bagi pengangkutan ke sekolah, keperluan pembelajaran dan kelas, selain menyimpan dalam tabung simpanan pelajaran mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Sherhan berkata program seperti itu pastinya meringankan beban ibu bapa yang tertekan dengan kos sara hidup tinggi terutama ibu bapa berpendapatan rendah mempunyai anak ramai.

Isnin lepas,  Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan tahun 2020.

Kerajaan dijangka perlu membelanjakan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setahun, bergantung kepada menu sajian PSP dan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi membincang secara terperinci peruntukan yang bakal digunakan bagi tujuan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel