Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suri rumah dipenjara tujuh bulan, dera anak enam tahun guna rotan


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





KUALA LUMPUR, 30 Ogos -- Akibat mendera anak sulung perempuannya berumur enam tahun menggunakan rotan sehingga cedera pada bahu kanan, seorang suri rumah dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas wanita berusia 29 tahun itu selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kes hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang merupakan ibu kandung mangsa menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 22 Julai lepas.

Tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan penderaan kepada kanak-kanak itu  sehingga menyebabkan kecederaan iaitu kesan rotan pada bahu kanan mangsa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di ruang tamu rumahnya di sebuah flat di Sentul, pada 11.30 malam 18 Julai 2019 mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun at au kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

“Tindakan tertuduh merotan anaknya sehingga cedera atas alasan untuk mendisiplinkan anak  adalah tidak munasabah,” katanya.

Bagaimanapun, wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia mempunyai dua lagi anak berusia tiga  tahun dan lapan bulan.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel