Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin rampas minuman keras bernilai lebih RM240,000 


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





JOHOR BAHRU, 30 Ogos -- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas sejumlah minuman keras pelbagai jenis tanpa cukai yang dianggarkan bernilai RM240,504 dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dekat Taman Johor Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata premis tersebut yang dipercayai dijadikan sebagai stor minuman keras tidak sah diserbu pada pukul 1.30 pagi susulan pemantauan dan pemerhatian pihaknya dan maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan, kita menemui sejumlah bir dan liquor dipercayai tiada cukai Kastam di bahagian ruang tamu dan bilik rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khiu berkata tiada tangkapan semasa serbuan dilakukan namun siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemilik rumah berkenaan.

Menurutnya, rampasan kemudian telah dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Sesyen 135 Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel