Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga India selamat daripada dirotan selepas ahkamah Rayuan menggantikan pertuduhan kepada tinggal lebih masa


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





PUTRAJAYA, 30 Ogos -- Seorang warganegara India terlepas daripada hukuman tiga sebatan selepas Mahkamah Rayuan di sini mengganti pertuduhan terhadapnya daripada memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah kepada tinggal lebih masa di negara ini.

Hakim Datuk Kamardin Hashim, yang mempengerusikannya bersama pasukan tiga anggota berkata mahkamah berkenaan bersetuju dengan hujah oleh peguam A. Srimurugan, yang mengesahkan bahawa anak guamnya, Virendra Kumar mempunyai visa tetapi telah tamat tempoh.

Beliau mengetepikan sabitan terhadap Virendra kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah dan menggantikannya kerana tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963.

Beliau juga mengetepikan hukuman rotan tetapi mengekalkan tempoh penjara empat bulan ke atas Virendra oleh Mahkamah Majistret Shah Alam.

Dua lagi hakim dalam pasukan itu ialah Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Lelaki berusia 24 tahun itu berasal dari Dehradun di negeri Utara Uttarakhand kini boleh pulang kerana telah menjalani penjara empat bulan.

Pada 24 Julai lepas, Virendra mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam terhadap pertuduhan memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah dan dijatuhi hukuman empat bulan penjara dan tiga kali sebatan dengan rotan yang berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 10 Jun lepas.

Dia melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh pada 10 Jun lepas.

Srimurugan, yang dibantu oleh K. A. Ramu, telah mengemukakan penyemakan jenayah bagi hukuman penjara dan rotan tetapi Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu pada 22 Ogos lepas.

Srimurugan berkata, perkara itu perlu diperdengar dengan segera kerana ia hari terakhir Virendra dalam penjara hari ini dan dijadual menjalani hukuman rotan hari ini sebelum dihantar pulang.

Beliau memohon kepada mahkamah untuk membangkitkan kuasa yang wujud untuk menghalang ketidakadilan bagi mengetepikan kesalahan Virendran di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen dan menggantikannya di bawah Seksyen 15 (1) (c) kerana terdapat bukti bahawa dia mempunyai visa tetapi telah tamat tempoh.

Srimurugan berkata, kes Virendra perlu dibuat dengan belas kasihan.

Tidak ada peruntukan untuk merotan bagi kesalahan tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen.

Timbalan Pendakwaraya Nik Habri Muhamad tidak membantah.

Srimurugan memberitahu pemberita bahawa Virendra datang ke negara ini dengan visa kerja di sebuah kapal dagang di Sibu, Sarawak tetapi semasa proses untuk pulang ke India, beg dia dicuri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel