Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

15 kereta musnah dalam kebakaran bengkel


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





BATU PAHAT, 30 Ogos -- Sebuah bengkel mengecat dan membaiki kenderaan di Jalan Tongkang Pechah, Kampung Parit Bilal, di sini, terbakar malam tadi, menyebabkan 15 buah kereta yang berada di premis itu turut musnah.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram Saifulle Idris berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 8.25 malam.

Susulan itu, seramai 11 anggota dan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Kebakaran ini membabitkan sebuah bengkel kereta jenis separuh kekal berkeluasan 100 x 80 kaki yang musnah hampir 80 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi tamat pada 11.08 malam dan pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel