Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rakyat perlu matang menilai perkara menjurus kepada perpecahan - TPM


Tarikh kemaskini: 30/08/2019





KUALA LUMPUR, 30 Ogos -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata masyarakat negara ini perlu matang dalam menilai khususnya terhadap perkara-perkara yang menjurus kepada perpecahan.

Beliau berkata tiada tempat dalam institusi masyarakat bagi mereka yang sengaja menyemai benih-benih perpecahan 

“Sikap adu domba dalam menyemarakkan api perkauman haruslah ditolak sama sekali,” katanya berucap pada sambutan bulan kemerdekaan peringkat Parlimen Pandan di Padang Permainan Flat Rumah Pangsa Taman Lembah Maju, di Ampang malam ini.

Beliau berkata perpaduan dan toleransi sesama masyarakat adalah kunci sebenar keutuhan kemerdekaan negara dan sikap saling bekerjasama serta bertolak ansur adalah tunjang kemanan sejagat.

“Memelihara sensitiviti dan menolak sikap perkauman akan memperkukuhkan perpaduan...sikap saling hormat menghormati khususnya dalam mengamalkan kebebasan beragama dan budaya, haruslah disemai dalam setiap warganegara,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata kemajuan negara bukan sekadar pada nama, tetapi maju terhadap sikap dan pemikiran setiap warganegara adalah penanda aras untuk mencapai tahap negara maju.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel