Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki Indonesia terapung diselamatkan kapal kargo


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





JOHOR BAHRU, 31 Ogos (Bernama) -- Dua  lelaki warga Indonesia ditemukan terapung dengan memakai jeket keselamatan diselamatkan oleh pekerja sebuah kapal kargo di perairan Abu Bakar Maritime Base (ABMB), Batuan Tengah, dekat Kota Tinggi, pagi semalam.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Laksamana Pertama Maritim, Aminuddin Abdul Rashid berkata kedua-dua mereka masing-masing dikenali sebagai Rivaldi S Milandi, 22, dan Boby, 21. 

Kedua-duanya berasal daripada Benkong, Batam, Indonesia dan bekerja dengan syarikat perkhidmatan bot laju.

“Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Malaysia (MRSC) Johor Bahru menerima makluman daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Tanjung Pinang, Indonesia pada 11.40 pagi bahawa sebuah kapal kargo KLM Mitra Sejati menemui dua lelaki berkenaan di posisi lebih kurang empat batu nautika Barat Daya ABMB pada 11 pagi. 

“Mereka dipercayai merupakan dua individu yang dilihat terapung dipermukaan laut oleh petugas kapal Black Forest pada kedudukan 2.5 batu nautika perairan sama pada 8.40 pagi.

“Kedua-dua lelaki  itu  dibawa ke pelabuhan Batam dan diserahkan kepada pihak Polair Polda Kepri (polis perairan), Indonesia untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamatkan dua individu terbabit telah ditamatkan oleh Maritim Malaysia pada 12.15 tengah hari.

Pagi semalam, petugas sebuah kapal dagang melaporkan telah melihat kelibat dua individu terapung di perairan ABMB namun tidak dapat menyelamatkannya berikutan keadaan trafik di perairan itu yang sibuk dan tidak mengizinkan.

Sehubungan itu, Maritim Malaysia menggerakkan pencarian di kawasan seluas 140 batu nautika persegi bermula dari perairan Tompok Utara, Batuan Tengah sehingga ke Tanjung Penyusup.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel