Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang ramai bertanjak warnai sambutan Hari Kebangsaan di Melaka


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





MELAKA, 31 Ogos -- Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di hadapan bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di sini  hari ini diwarnai oleh sebilangan pengunjung yang memakai tanjak.

Pemerhatian Bernama mendapati kebanyakan mereka  menjadikan Jalur Gemilang dan kain hitam sebagai tanjak kerana ianya tidak panas dan kosnya lebih murah berbanding tanjak yang diperbuat daripada  kain songket.

Seorang peniaga, Aduka Buana Dollah, 27, berkata beliau memilih untuk bertanjak bagi membawa kelainan berbanding sebelumnya.

"Bagi saya bertanjak bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk semua bangsa kerana ianya dijadikan sebagai busana semua bangsa ketika era kegemilangan kesultanan Melayu Melaka dahulu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anak jati Batu Berendam itu berkata disebabkan masih belum mengusai teknik lipatan busana Melayu itu beliau mengupah seorang rakan untuk membuat tanjak untuk dipakainya hari ini.

"Beliau berharap generasi muda hari ini bertanjak bagi menghidupkan semula amalan berbusana tradisional Melayu itu," katanya.

Aduka Buana berkata sejak kebelakangan ini, anak muda mula berani dan tidak lagi malu untuk bertanjak ditempat awam walaupun tidak memakai busana lengkap.

Sementara itu, Mohd Sabri Abdul Wahab, 36, berkata pada tahun ini beliau menempah khas tanjak dan baju Melayu untuk tiga orang anak lelakinya bagi melihat sambutan hari Kebangsaan pada tahun ini.

"Anak kedua saya sendiri, Mohd Qaleef, 6, yang meminta agar saya menyediakan tanjak dan busana Melayu untuk sambutan Hari Kemerdekaan pada kali ini," katanya yang berkerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat swasta.

Anak jati  Bukit Katil itu berharap dengan cara ini beliau dapat menyemai semangat cintakan tanah air dalam jiwa anak-anaknya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel