Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai lemas


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





KUALA KRAI, 31 Ogos -- Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun dipercayai lemas apabila bot galah yang dinaiki bersama enam ahli keluarganya terbalik berdekatan Jeti Pasir Linggi, Kampung Pasir Linggi, dekat sini petang semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Che Razak Harun berkata dalam kejadian pada 5 petang, mangsa Ismaniza Atira Ismail, bersama enam ahli keluarganya terdiri daripada dua dewasa dan lima kanak-kanak menyusuri Sungai Kelantan untuk pulang ke rumah mereka setelah menghadiri kenduri di Kuala Krai.

"Secara tiba-tiba bot dinaiki mangsa terbalik dan difahamkan ahli keluarga mangsa yang lain berjaya diselamatkan oleh bapa saudara mangsa selain ada yang sempat berpaut pada pohon buluh.

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada pada 6.15 petang untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa, " katanya. 

Beliau berkata operasi yang ditangguhkan pada 10 malam tadi disambung semula pada 8 pagi tadi, melibatkan 10 anggota dari Unit Scuba membuat selaman sekitar kawasan mangsa dilaporkan hilang dan sehingga kini mangsa belum ditemui. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel