Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja lelaki lemas di kolam


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





BATU PAHAT, 31 Ogos (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika bermandi-manda bersama lapan rakannya di sebuah kolam dipercayai bekas tapak lombong di Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Naim Azman.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, PBKII (Pegawai Bomba Kanan II), Ibnul Kasim Ahmad Abdul Hamid, berkata, kejadian dilaporkan kepada pihaknya pada jam 11.23 pagi sebelum sebuah jentera bersama empat anggota digegaskan ke tempat kejadian.

“Kami menggunakan kaedah ‘grappling iron’ untuk operasi pencarian dan pada jam 12.15 tengah hari, mangsa akhirnya berjaya ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel