Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di muara Sungai Sepang


Tarikh kemaskini: 31/08/2019





SEPANG, 31 Ogos -- Dua orang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dibawa arus ketika mandi-manda di muara Sungai Sepang, di sini hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sepang Azrul Faizal Maarif, dalam kejadian pada kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Siti Nuralya Mohd Zainal, 11, dan Muhammad Hafiz Mohd Zainal, 14, bersama-sama empat lagi rakan mereka sedang mandi di sungai itu sebelum kesemua mereka dihanyutkan arus.

"Empat orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala dua mangsa dipercayai lemas dibawa arus," katanya kepada media.

Azrul Faizal berkata sebuah jentera dengan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.37 petang.

Katanya ketika ini gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan pihak bomba.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel