Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat kanak-kanak lemas tragedi bot terbalik ditemukan


Tarikh kemaskini: 01/09/2019





KUALA KRAI, 1 Sept -- Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang lemas selepas bot galah dinaiki bersama ahli keluarganya terbalik di Jeti  Pasir Jinggi, Kampung Pasir Jinggi, Jumaat lepas ditemukan pada pukul 10.05 pagi tadi. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Che Razak Harun berkata mayat Ismaniza Atira Ismail, 10, dijumpai oleh orang awam di Sungai Kelantan di Temangan, Machang.

"Kami menggunakan khidmat unit anjing pengesan untuk mengesan mangsa pagi ini.

"Namun apabila memulakan operasi mencari dan menyelamat, kami menerima maklumat mayat mangsa telah ditemui orang awam di Temangan, Machang yang kemudiannya membawa mayat ke tebing untuk urusan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Krai sebelum dituntut keluarga.

Ismaniza Atira yang tinggal di Taman Krai dikatakan mengikut bapa saudaranya pulang ke Kampung Jinggi bersama enam ahli keluarga yang lain pada Jumaat lepas dengan sebuah bot galah sebelum terbalik. 

Susulan kejadian, kesemuanya terjatuh dan sempat menyelamatkan diri kecuali mangsa. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel